Pembiayaan Bai At-Tawarruq

Pembiayaan Bai At-Tawarruq

Jadual bayaran balik pembiayaan —>  Muat Turun

      1) Ciri-ciri pembiayaan:

  • Amaun pembiayaan sehingga RM100,000
  • Tempoh bayaran balik sehingga 10 tahun (tertakluk kepada syarat)
  • Pembiayaan boleh dilaras (overlap) selepas 3 bulan potongan
  • Pembiayaan dilindungi oleh Skim Perlindungan Pembiayaan

      2) Kelayakan:

  • Anggota Koperasi Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia Berhad
  • Telah membayar Modal Syer sekurang-kurangnya RM100
  • Telah menjelaskan yuran pertama melalui potongan Biro Perkhidmatan Angkasa
  • Potongan bayaran ansuran bulanan tidak melebihi 60% daripada jumlah pendapatan bulanan
  • 2 orang penjamin diperlukan

      3) Kaedah bayaran balik:

  • Melalui potongan Biro Perkhidmatan Angkasa

      4) Kadar keuntungan pembiayaan:

  • Kadar rata 6% setahun

      5) Dokumen diperlukan:

  • Borang permohonan pembiayaan yang lengkap diisi dan disahkan oleh Setiausaha/Wakil Kawasan atau Ketua Jabatan
  • Salinan penyata gaji terkini bagi tempoh 3 bulan

      6) Caj dan bayaran lain ke atas pembiayaan:

Transaksi

Caj bayaran

Skim Perlindungan Pembiayaan

Tertakluk kepada jumlah pembiayaan dan tempoh bayaran balik ansuran bulanan

Caj Bank

RM3.00

Penyelesaian awal baki pembiayaan

Rebet akan diberikan berdasarkan jumlah keuntungan pembiayaan pada tahun semasa

      7) Syarat dan Peraturan     Muat Turun Aturan 5 – Aturan Skim Pembiayaan Bai At-Tawarruq