Aktiviti yang dijalankan
1) Bantuan Kewangan dan Dermasiswa
- Pengenalan
- Sumbangan ini diberikan kepada anak-anak anggota yang cemerlang di dalam peperiksaan berikut:
Sumbangan | Keputusan Peperiksaan |
Bantuan Kewangan | Peperiksaan akhir tahun bagi Tahun 1,2,3,4 dan 5 |
Dermasiswa | UPSR, PT3, SPM serta peperiksaan akhir tahun bagi Tingkatan 1,2 dan 4 |
- Kelayakan
- Bantuan Kewangan
- Ibu atau bapa telah menganggotai koperasi tidak kurang dari lima (5) tahun
- Ibu atau bapa adalah kakitangan awam berjawatan dalam gred 1 hingga gred 16
- Pelajar (anak-anak anggota) yang bersekolah di institusi pendidikan kerajaan, institusi pendidikan bantuan kerajaan atau yang setaraf dan diiktiraf oleh kerajaan
- Keputusan akademik minima – markah keseluruhan hendaklah tidak kurang daripada 60%
- Dermasiswa
- Ibu atau bapa telah menganggotai koperasi tidak kurang dari lima (5) tahun
- Pemohon dibahagikan kepada 2 kategori:
Kategori pendapatan | Gred jawatan |
Pendapatan rendah | Ibu atau bapa merupakan kakitangan awam berjawatan dalam gred 1 hingga gred 16 |
Pendapatan tinggi | Ibu atau bapa merupakan kakitangan awam berjawatan dalam gred 17 dan ke atas |
- Pelajar (anak-anak anggota) yang bersekolah di institusi pendidikan kerajaan, institusi pendidikan bantuan kerajaan atau yang setaraf dan diiktiraf oleh kerajaan
- Kelayakan akademik minima adalah seperti berikut:
Keputusan peperiksaan | Kelayakan akademik |
UPSR | Sekurang-kurangnya mendapat pangkat A dalam mana-mana tiga (3) matapelajaran |
Tingkatan 1 & 2 | Sekurang-kurangnya mendapat pangkat A dalam mana-mana empat (4) matapelajaran |
PT3 | Sekurang-kurangnya mendapat pangkat A dalam mana-mana lima (5) matapelajaran |
Tingkatan 4 | Sekurang-kurangnya mendapat pangkat A dalam mana-mana lima (5) matapelajaran |
SPM | Sekurang-kurangnya mendapat pangkat A dalam mana-mana lima (5) matapelajaran |
- Syarat-syarat permohonan
- Ibu atau bapa tidak dibenarkan membuat lebih dari satu permohonan bagi seorang anak
- Permohonan dipertimbangkan mengikut kedudukan (ranking) berdasarkan pencapaian akademik, tanggungan dan gaji pokok anggota
- Permohonan yang berjaya ditenrukan berdasarkan kedudukan (ranking) teratas dan dihadkan kepada jumlah maksima penerima yang diperuntukkan bagi tiap-tiap kategori
- Pemohon yang telah berjaya mendapat bantuan, tidak layak dipertimbangkan pada tahun berikutnya kecuali bagi penerima dermasiswa UPSR, PT3 dan SPM
- Tarikh tutup permohonan
Permohonan | Tarikh tutup |
Bantuan kewangan pelajar tahun 1 hingga 5 | 15 Januari tahun berikutnya |
Dermasiswa pelajar tingkatan 1, 2, 4, UPSR dan PT3 | 15 Januari tahun berikutnya |
Dermasiswa pelajar SPM | 15 April tahun berikutnya |
- Borang permohonan
- (Link) Borang Permohonan Bantuan Kewangan
- (Link) Borang Permohonan Dermasiswa