Pembiayaan Murabahah (Skim Pembiayaan Harga Tertangguh)
Jadual bayaran balik pembiayaan — Muat Turun
1. Ciri-ciri pembiayaan::
- Amaun pembiayaan sehingga RM20,000
- Tempoh bayaran balik sehingga 7 tahun (tertakluk kepada syarat)
- Pembiayaan untuk membeli barang kelengkapan rumah, peralatan pengguna, kenderaan, insurans kenderaan serta cukai jalan dan lain-lain
- Pembiayaan boleh dibuat sehingga 3 kali dengan syarat jumlah semua pembiayaan apabila digabungkan tidak melebihi RM20,000
- Pembiayaan tidak boleh dilaras dengan pembiayaan Murabahah yang baru.
- Pembiayaan dilindungi oleh Skim Perlindungan Pembiayaan
2. Kelayakan:
- Anggota Koperasi Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia Berhad
- Telah membayar Modal Syer sekurang-kurangnya RM100
- Telah menjelaskan yuran pertama melalui potongan Biro Perkhidmatan Angkasa
- Potongan bayaran ansuran bulanan tidak melebihi 60% daripada jumlah pendapatan bulanan
- Dua (2) orang penjamin diperlukan
3. Kaedah bayaran balik:
- Melalui potongan Biro Perkhidmatan Angkasa
- Kadar keuntungan pembiayaan:
- Kadar rata 6% setahun
4. Dokumen diperlukan:
- Borang permohonan pembiayaan yang lengkap diisi dan disahkan oleh Setiausaha/Wakil Kawasan atau Ketua Jabatan
- Salinan penyata gaji terkini bagi tempoh 3 bulan
- Sebutharga daripada pembekal luar
5. Caj dan bayaran lain ke atas pembiayaan:
|
Transaksi
|
Caj bayaran
|
|
Skim Perlindungan Pembiayaan
|
Tertakluk kepada jumlah pembiayaan dan tempoh bayaran balik ansuran bulanan
|
|
Caj Bank
|
RM3.00
|
|
Penyelesaian awal baki pembiayaan
|
Rebet akan diberikan berdasarkan jumlah keuntungan pembiayaan pada tahun semasa
|
- Syarat dan Peraturan
- (Link) Aturan 6 – Aturan Skim Pembiayaan Murabahah (Skim Pembiayaan Harga Tertangguh)